Khamis, 14 September 2017 | 9:24am

'Ayah, adik meninggal'

KUALA LUMPUR : "Saya kehilangan seorang anak. Tetapi Allah selamatkan seorang lagi," kata Nasron Mat Yusof, 46.

Beliau ialah bapa kepada Mohd Nizamuddin, 13, seorang daripada lebih 20 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Nasron berkata, berita yang menyayat hati itu disampaikan oleh seorang lagi anaknya yang belajar di pusat tahfiz berkenaan, Zunnun Misri, 15, ketika menghubungi beliau pagi tadi.

Katanya, berita menyayat hati itu diterima kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

"Zunnun melompat keluar dari bangunan sebelum dibantu orang ramai.

"Dia kini mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui BH.


KEADAAN api marak yang mengorbankan lebih 20 orang mangsa. - Foto Ihsan Pembaca

Nasron berkata, kali terakhir bertemu arwah anak bongsu, Mohd Nizamuddin ialah ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini.

"Saya reda dengan pemergiannya.

"Arwah anak yang bijak dan memperoleh semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu," katanya.

106774 dibaca
BAPA mangsa, Nasron Mat Yusof. - Foto NSTP
Berita Harian X