Khamis, 14 September 2017 | 12:57am
NOR Akhiruddin Mahmud (kanan) memerhati seorang pegawai JPSM ketika latihan penulisan berita dan rencana di ibu pejabat jabatan itu, semalam.

30 pegawai JPSM hadiri latihan penulisan berita

KUALA LUMPUR: Seramai 30 pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menghadiri latihan penulisan berita dan rencana di Ibu Pejabat JPSM di Kuala Lumpur, semalam yang dikendalikan Pengarang Bersekutu BH2/Mingguan, Azhar Abu Samah.

Ketua Unit Komunikasi Korporat JPSM, Mohd Hussainy Md Yusof, berkata pendedahan itu penting bagi membantu pegawai jabatan itu menulis untuk Majalah Majutan dan menyumbang artikel mengenai jabatan itu kepada media.

Turut hadir memberi galakan ialah Ketua Pengarah JPSM, Datuk Nor Akhiruddin Mahmud.

293 dibaca
Berita Harian X