Rabu, 13 September 2017 | 6:52pm

Harga petrol, diesel naik

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi RON95 naik satu sen, RON97 naik empat sen manakala diesel naik sembilan sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kenaikan baharu itu menjadikan harga RON95 bermula jam 12.01 tengah malam ini ialah RM2.21 seliter berbanding RM2.20 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.52 berbanding RM2.48 sebelum ini.

Harga baharu diesel pula ialah RM2.14 seliter berbanding RM2.05 sebelum ini.

Harga baharu bahan api itu berkuat kuasa dari 14 September 2017 hingga 20 September 2017.

7221 dibaca
Berita Harian X