;
Isnin, 11 September 2017 | 6:53pm

Media Prima zahir takziah

 

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (MPB) menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Media Prima Berhad menyembahkan ucapan takziah atas kemangkatan Al Marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah," katanya dalam satu kenyataan.

Tuanku Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit, pada jam 2.30 petang tadi, seperti yang diumumkan Kerajaan Negeri Kedah.

Baginda adalah satu-satunya Raja-raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016.

1493 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »