Rabu, 19 Julai 2017 | 1:36am
Ishak Ismail

ADUN Lenggeng meninggal dunia

KUALA PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini.

Allahyarham berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 11.25 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mat Ali Hassan, ketika ditemui di hospital mengesahkan.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek, ketika dihubungi BH berkata

Allahyarham rebah ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri ADUN Seri Menanti di Tanjong Ipoh, di sini kira-kira jam 10 malam tadi.

"Allahyarham segera dihantar ke HTAN dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya.

Sementara itu, ADUN Pertang, Datuk Jalaluddin Alias, yang juga EXCO Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, berkata, Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada parti dan rakyat.

"Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau dan semoga mereka bersabar dalam menghadapi situasi sukar ini," katanya ketika dihubungi.

3593 dibaca
Berita Harian X