Isnin, 17 Julai 2017 | 6:31pm

Keselamatan diurus, intergriti sempurna: KSN

PUTRAJAYA: Pembudayaan pengurusan keselamatan di setiap agensi kerajaan adalah teras kesempurnaan integriti perkhidmatan awam.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan sijil pengiktirafan daripda Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Zulkifli Ahmad (kanan) kepada Ketua Pegawai Eksekutif MRT Datuk Seri Shahril Mokhtar (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian Fasa 2 Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang di Stesen Bawah Tanah Tun Razak Exchange hari ini. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (kiri). - Foto BERNAMA

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata selain meningkatkan pematuhan penjawat awam terhadap proses dan prosedur keselamatan, pengurusan keselamatan perlu diberi penekanan sewajarnya bagi mengelakkan kebocoran maklumat rasmi atau rahsia kerajaan.

Katanya, ia juga penting untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan komunikasi tidak terjejas dengan ancaman siber seperti 'spamware' dan 'malware'.

"Semua ketua jabatan juga diharap dapat meneruskan aktiviti atau program peningkatan kesedaran keselamatan secara berterusan di agensi dan organisasi masing-masing.

"Kementerian serta jabatan kerajaan juga hendaklah sentiasa bersedia dalam menangani risiko keselamatan dalam arus perubahan persekitaran yang semakin dinamik dan mencabar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2016 di sini.

Pada majlis itu, Ali menyampaikan Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2016 Taraf Lima Bintang (cemerlang) kepada 45 agensi kerajaan yang mencapai prestasi sistem pengurusan keselamatan perlindungan cemerlang.

80 dibaca
Berita Harian X