Jumaat, 12 Oktober 2018 | 9:20am

Rumah dinaiki air, 32 penduduk dipindah

JASIN: Hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan 32 penduduk di Kampung Ayer Panas, Bemban, di sini, terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata kesemua mangsa membabitkan lapan keluarga dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira jam 7.15 malam.

Beliau berkata, sehingga jam 2.30 pagi tadi, hanya satu PPS dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban.


Timbalan Pengarah APM negeri, Mejar (PA) Kamarulsyah Muslim (kanan) bersama pegawai dan anggota menjalankan pemantauan paras air dalam kejadian banjir di Kampung Ayer Panas, Bemban, Jasin. - Foto Rasul Azli Samad

Sebahagian daripada penduduk Kampung Ayer Panas yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban, Jasin.- Foto Rasul Azli Samad

“Mangsa yang berada di PPS membabitkan dua warga emas, 20 dewasa, enam kanak-kanak dan seorang bayi berusia antara dua bulan hingga 60-an.

“Jika hujan berterusan, bilangan mangsa yang akan dipindahkan dijangka bertambah,” katanya.

Beliau berkata, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada dalam keadaan bersiap sedia selain melakukan pemantauan di lokasi yang dinaiki air.

592 dibaca
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan paras air dalam kejadian banjir di Kampung Ayer Panas, Bemban, Jasin. - Foto Rasul Azli Samad
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan paras air dalam kejadian banjir di Kampung Ayer Panas, Bemban, Jasin. - Foto Rasul Azli Samad
Berita Harian X