Selasa, 17 April 2018 | 11:44am
KEADAAN kapal peninjau minyak dan gas, Ocean Geos yang terbakar di Perairan Baram. - Foto ihsan pembaca

Kapal peninjau minyak dan gas terbakar

MIRI: Sebuah kapal peninjau minyak dan gas, Ocean Geos, dilaporkan terbakar selepas bilik enjinnya meletup kira-kira jam 3 pagi tadi di Perairan Baram, di sini.

Difahamkan, kapal berkenaan membawa 38 anak kapal. Bagaimanapun, setakat ini, belum dapat disahkan keadaan semua anak kapal berkenaan.

PETRONAS dalam kenyataan medianya mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sudah mengaktifkan operasi menyelamat.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri akan mengadakan sidang media di pejabat APMM berhubung kejadian itu.

3634 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »