Isnin, 16 April 2018 | 7:42pm

Rakan`sehati sejiwa'

KUALA LUMPUR: Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan merompak kenderaan pelbagai guna milik seorang pegawai wanita di Kementerian Kewangan, tahun lalu.

Juruteknik, Mohd Fauzi Rahmad, 33 dan bekas kerani, Mohamad Hafizi Samsudin, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire milik wanita berusia 36 tahun itu, di tempat letak kereta di sebuah hotel di Putrajaya, pada jam 11.15 pagi, 1 Disember 2017.

Bagi perbuatan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 30 April ini untuk sebutan semula kes.

311 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »