Selasa, 13 Februari 2018 | 2:46pm
SOFI Jikan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah dalam kumpulan ganja, 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC), minggu lalu. - Foto Syarafiq Abd Samad
SOFI Jikan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah dalam kumpulan ganja, 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC), minggu lalu. - Foto Syarafiq Abd Samad

'Saya belum didapati bersalah' - Sofi Jikan

PETALING JAYA: "Apa yang penting, saya belum disabitkan bersalah dan diharap pihak media lapor yang baik-baik sahaja," kata pelakon Sofi Jikan, ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu, Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah dalam kumpulan ganja, 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC), minggu lalu.

Pelakon yang popular dengan dialog 'Wa Kasi Sengat' dalam filem KL Gangster itu, enggan memberikan sebarang komen lanjut kerana khuatir tersalah cakap.

"Alhamdulillah...syukur, no komen..saya tak boleh bercakap apa-apa..nanti salah cakap," katanya selepas membayar ikat jamin.

Ketika ditanya sama ada tumpuannya dalam kerjaya lakonan terjejas ataupun tidak, Sofi menjawab, 'no komen..saya perlu muhasabah diri dan bersyukur masih baik.. Alhamdulilah.'


SOFI Jikan enggan memberikan sebarang komen lanjut kerana khuatir tersalah cakap. - Foto Syarafiq Abd Samad

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil ada menghubunginya selepas kejadian itu, Sofi turut enggan mengulas.

"No komen. Saya tiada isu dengan sesiapa dan jika boleh saya mahu menjaga keselamatan semua rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Sofi, Datuk Haniff Hassan berkata, beliau percaya dengan sistem perundangan di negara ini.

"Biarlah proses pengadilan berjalan dan kita yakin perbicaraan yg adil dapat diberikan kepada beliau(Sofi)," katanya.

1483 dibaca
Berita Harian X