Jumaat, 26 Januari 2018 | 10:05am
KEBAKARAN yang mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun rentung di Kampung Tembongon, Putatan. - Foto Ihsan BOMBA
KEBAKARAN yang mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun rentung di Kampung Tembongon, Putatan. - Foto Ihsan BOMBA
KEBAKARAN yang mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun rentung di Kampung Tembongon, Putatan. - Foto Ihsan BOMBA

Kanak-kanak rentung, ibu melecur dalam kebakaran

PUTATAN: Seorang kanak-kanak perempuan rentung manakala ibunya parah selepas rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Tembongon, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang rentung berusia tujuh tahun namun identitinya masih belum diperoleh manakala ibunya, Siti Sarta Mohd Azmi, 26, melecur 50 peratus pada badannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 3.35 pagi.

"Tiga jentera bersama 22 anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati empat rumah terbakar dan pihak bomba melakukan pemadaman bagi mengelak kebakaran merebak ke kawasan lain," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, pemeriksaan selepas api berjaya dipadamkan mendapati ada seorang kanak-kanak perempuan rentung manakala seorang lagi wanita dewasa parah akibat melecur.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.15 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala wanita yang cedera masih menerima rawatan di hospital.

"Pihak kami juga masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu," katanya.

622 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »