Sabtu, 20 Januari 2018 | 8:27pm
POLIS menyerbu sebuah mini kasino menjalankan kegiatan judi 'Ngau' yang berselindung di sebalik premis hiburan di Melaka Raya, di sini, awal pagi ini. - Foto ihsan polis
POLIS menyerbu sebuah mini kasino menjalankan kegiatan judi 'Ngau' yang berselindung di sebalik premis hiburan di Melaka Raya, di sini, awal pagi ini. - Foto ihsan polis

Polis serbu mini kasino

AYER KEROH: Polis menyerbu sebuah mini kasino menjalankan kegiatan judi 'Ngau' yang berselindung di sebalik premis hiburan di Melaka Raya, di sini, awal pagi ini.

Ops Dadu yang bermula jam 11.30 malam hingga 2 pagi itu dijalankan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hasan, berkata seramai 27 individu ditahan termasuk tiga penjaga premis yang seorang daripada mereka lelaki warga Bangladesh.

Tahanan lain termasuk 15 wanita warga Vietnam, China, Laos dan Thailand berusia lingkungan 20 hingga 54 tahun.

Polis turut merampas wang tunai, daun terup, dan kepingan cip pertaruhan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM46,353.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, premis itu menjalankan operasi perjudian jenis 'Ngau' di mini kasino dan kegiatan pelayan pelanggan (GRO) secara 'butterfly' menggunakan lesen pusat hiburan sejak enam bulan lalu.

"Mini kasino ini aktif beroperasi pada hujung minggu, manakala wanita warga asing menyalahgunakan pas lawatan dan dikesan mengenakan caj perkhidmatan sekitar RM50 hingga RM100," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Kesemua ditahan mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

831 dibaca
Berita Harian X