Jumaat, 13 Oktober 2017 | 10:01am
ANTARA mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abu Bakar. - Foto Sharul Hafiz Zam
ANTARA mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abu Bakar. - Foto Sharul Hafiz Zam

175 mangsa banjir di Kedah

ALOR SETAR: Seramai 175 penduduk masih lagi ditempatkan di tiga pusat pemindahan akibat banjir yang melanda daerah Kota Setar sejak kelmarin.

Jumlah itu membabitkan 53 keluarga yang dipindahkan ke Surau As-Syakirin, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abu Bakar dan SK Titi Gajah, dekat sini.

Penyelaras Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, berkata di Surau As-Syakirin, ada 46 penduduk membabitkan 13 keluarga sejak semalam.

Beliau berkata, Haji Abu Bakar pula menempatkan 55 mangsa daripada 17 keluarga sejak kelmarin.

"SK Titi Gajah yang baharu dibuka jam 9 malam menempatkan 74 mangsa membabtikan 23 keluarga.

"Kita akan terus memantau keadaan ini lagi hujan masih berterusan sejak pagi tadi," katanya.

242 dibaca
Berita Harian X