Ahad, 13 Ogos 2017 | 3:22pm
Peguam Ramkarpal Singh (tengah) yang mewakili ahli Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh pada sidang media selepas memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi membatalkan perintah tahanan reman lima hari ke atas Phee oleh Mahkamah Majistret Georgetown bagi membantu siasatan berhubung operasi kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

SPRM serbu rumah, pejabat dan Pusat Khidmat EXCO

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, sekali lagi menyerbu rumah, pejabat dan pusat khidmat EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Sumber SPRM berkata, serbuan bertujuan mengumpul beberapa dokumen tambahan bagi membantu siasatan kes operasi kilang pemprosesan habuk kayu haram di Sungai Lembu, Penanti.

"Kita menyerbu kediaman beliau di Sungai Puyu, kira-kira jam 11 pagi tadi.

"Ketika ini kita tangguhkan seketika serbuan di dua lokasi lagi kerana EXCO berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Alor Setar di Kedah," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Kelmarin, Boon Poh, 65, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, selepas lima pegawai suruhanjaya itu melakukan serbuan ke pejabat EXCO berkenaan di Tingkat 53 Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), kira-kira jam 11.30 pagi.

1294 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »