Isnin, 17 Julai 2017 | 11:00am
SEPASUKAN pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelihatan tiba di Balai Felda, Jalan Gurney, di sini, bagi siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2013 dan 2015. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Kelibat SPRM di Balai Felda

KUALA LUMPUR: Sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelihatan tiba di Balai Felda, Jalan Gurney, di sini, bagi siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2013 dan 2015.

Tujuh pegawai berpakaian seragam lengkap SPRM tiba menaiki dua kenderaan pada jam 10.20 pagi dan terus ke pejabat FIC di tingkat empat bangunan berkenaan.

Beberapa pegawai turut dilihat membawa beg dokumen.

Tindakan itu dipercayai susulan maklumat baharu diperoleh dalam siasatan terhadap FELDA.

Pasukan penyiasat berkenaan dipercayai hadir bagi mendapatkan beberapa dokumen dan mengenal pasti saksi atau individu yang boleh dipanggil SPRM untuk membantu siasatan kes itu.

Pada 14 Julai lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dilaporkan berkata, berdasarkan siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

Katanya, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel itu.

1020 dibaca
Berita Harian X